Hilang Berat Badan 75 Kg, Lelaki Ini Hadiahkan Isteri Cincin Berlian Satu Karat

Kehidupan

Hilang Berat Badan 75 Kg, Lelaki Ini Hadiahkan Isteri Cincin Berlian Satu Karat

Seorang wanita dari Taipei, Taiwan dilaporkan telah menerima hadiah istimewa berupa sebentuk cincin berlian 1 karat daripada suami kerana telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 75 kilogram, lapor program berita Liputan 6.

Lebih manis, si suami itu turut berkongsikan mengenai perjalanan isterinya itu menurunkan berat badan kepada 55 kg dalam masa dua tahun.

Advertisement
Wanita turun berat cincin berlianSumber : Agensi  

Cerita lelaki itu lagi, isterinya menyahut cabaran untuk menurunkan berat badan dengan mengamalkan diet pemakanan yang seimbang.

Dua tahun lalu, isteri bertanya kepada saya, hadiah apa yang saya mahu pada hari ulang tahun kelahiran saya.

Saya menjawab ‘tiada apa’, namun spontan saya bertanya kepada isteri sama ada dia boleh cuba menurunkan berat badan demi saya, sekali dalam seumur hidupnya.

Dan selepas tempoh dua tahun, isterinya itu telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 75 kg daripada 130 kg sebelum ini.

Sebagai ganjaran, lelaki itu kemudian menghadiahkan pasangannya itu dengan sebentuk cincin berlian satu karat seperti yang dijanjikan.

wanita diugut cerai kalau tak hamil
2 years ago

Wanita 'Tertekan', Suami Ugut Cerai Kalau Hujung Tahun Masih Tak Mengandung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Agensi

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...