Tular sebelum ini seorang pelajar wanita Malaysia yang belajar di Korea Selatan yang suka menari walaupun mengenakan hijab.
Oleh kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh pelajar itu mencetuskan kontroversi, seorang pendakwah terkenal, Ustazah Asma Harun berkongsikan pandangannya terhadap isu berkenaan.
Menerusi Facebook beliau, beberapa pesanan diberikan kepada pelajar wanita itu seperti hidup di bumi ini bukan hanya sekadar bersandarkan logik akal atau pendapat peribadi tetapi setiap perkara ada garis panduannya yang menurut hadis dan Al-Quran.
Selain itu, Ustazah Asma juga berkata bahawa agama Islam tidak melarang perkembangan seni selagi perkara itu bermanfaat dan dalam lingkungan syariat.
Seterusnya, Ustazah Asma juga menyatakan Islam menggalakkan pemikiran terbuka tetapi bukanlah sehingga melanggar batasan agama kerana ideologi liberal kini semakin meracuni pemikiran masyarakat.
Dalam pada itu, beliau berkata teguran yang dilakukan ini atas rasa kasih terhadap individu berikut dan berharap agar Allah SWT menyelamatkan umat Islam daripada terjerumus ke lembah maksiat.