Balu kepada arwah iaitu, Siti Norhidayah Mohd Ali sedar dengan tuduhan terbaru adik iparnya yang mendakwa ada orang menabur benda tidak baik di hadapan rumah arwah.
Video yang dimuat naik oleh Ali Puteh itu bagaimanapun telah dipadam olehnya sebaik sahaja ia meraih perhatian ramai.
Meskipun begitu, ia tetap tular di media sosial kerana ada yang sudah tonton dan memuat naik semula rakaman tersebut di internet.
Tidak berdiam diri, Hidayah kemudian persoal adik arwah suaminya itu mengapa video terbabit dipadam jika benar dakwaan dia mengamalkan sihir.
Menerusi ruangan komen, dia telah membalas respon daripada salah seorang pengikutnya di Instagram berkaitan video dakwaan Ali itu.
Itulah, tabur fitnah kesalahan besar nak tutup kesalahan. Taknak nampak kesalahan sendiri ada pula orang dekat rumah ya. Takpelah, bayar RM60,000.”
Sementara itu, ulasan seorang lelaki yang merupakan perawat Islam turut meraih perhatian ramai warganet di TikTok selepas dia berkata tiada unsur sihir seperti didakwa Ali.
Malah, lelaki tersebut turut sempat memberi ‘pesanan’ buat pelawak itu untuk segera membayar duit yang perlu dilunaskan kepada Hidayah.