Perawat Islam Teliti Video Ali Puteh, Siap Bagi ‘Pesanan’ – “Tiada Unsur Sihir Seperti Didakwa Tapi Duit Jangan Lupa Bayar”

Trending

Perawat Islam Teliti Video Ali Puteh, Siap Bagi ‘Pesanan’ – “Tiada Unsur Sihir Seperti Didakwa Tapi Duit Jangan Lupa Bayar”

Semalam, hangat diperkatakan di media sosial tentang video pelawak, Ali Puteh yang mendakwa balu arwah abangnya, Abam Bocey mengamalkan ilmu sihir.

Menerusi video tersebut yang telah pun dipadam oleh Ali, dia menjumpai beberapa barang seperti garam kasar, bangkai mengkarung dan kulit limau nipis di keliling rumah milik arwah abangnya itu.

Advertisement

Katanya, dia mendapat tahu bapa dan peguam Hidayah Ali datang ke rumah tersebut pada waktu pagi dan dia menjumpai barang itu sebaik sahaja kakak iparnya pulang.

1 year ago

Ali Puteh Dakwa Jumpa Garam Kasar & Bangkai Haiwan Luar Rumah Lepas Hidayah Pulang - "Cukuplah Abang Saya Derita"

Bagaimanapun, video tersebut telah mendapat perhatian seorang lelaki yang mempunyai asas perubatan islam yang membuat ulasan berkenaan dakwaan Ali.

Kata Encik Zakiy, berdasarkan barang-barang yang ditunjukkan oleh Ali tiada pun yang menunjukkan unsur sihir sebaliknya ia selalunya digunakan untuk ‘memagar’ rumah.

Tidak ke arah sihir sebab kita tak nampak pun tanda tanda sihir daripada bahan-bahan yang ditunjukkan tadi.”

@kandazakiyy

#stitch with @Ohbulan Sekadar Pandangan Saya. Jika rasa Khawatir, boleh dptkan Khidmat Rawatan islam untuk check keadaan Rumah tersebut

? original sound – KANDA ZAKIYY – KANDA ZAKIYY

Ulasan Zakiy meraih perhatian ramai warganet yang rata-ratanya memerli Ali Puteh kerana sesuka hati membuat tuduhan terhadap Hidayah.

Malah, sesetengah daripada mereka ‘terhibur’ dengan kata-kata akhir daripada Zakiy yang mengingatkan Ali untuk membayar duit saman.

Video video juga, duit jangan lupa bayar.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...