Hidap Penyakit Skizofernia, Scha Elinnea Perlu Tidur Berteman

Hiburan

Hidap Penyakit Skizofernia, Scha Elinnea Perlu Tidur Berteman

Pelakon jelita, Scha Ellinea memaklumkan bahawa dia menghidap penyakit skizofernia dan insomnia yang teruk sekaligus menjadikan dia sukar untuk tidur pada malam hari.

Scha Eliannea
1 year lalu

"Selama Ini, Saya Rahsiakan Penyakit Ini.." - Scha Elinnea Alami Gangguan Mental Kronik

Advertisement

Malah, lebih membimbangkan apabila dia bersendirian di malam hari dan menyebabkan dia berasa takut dan memerlukan teman.

Ceritanya lagi, dia pernah tidur pada jam 8 pagi kerana tidak selesa dan takut yang melampau.

Bukan sebab takut hantu tapi memang tak boleh nak tidur kalau seorang diri. Jadi saya bawa kawan baik atau pembantu peribadi untuk temankan saya tidur dan menemani saya ke mana sahaja.

Berikutan itu, ada juga yang mencadangkan dia berkahwin agar ada pasangan yang boleh menemani namun kata Scha, dia ingin membina nama dalam industri seni terlebih dahulu sebelum membina mahligai rumah tangga.

Oktober tahun lalu, Scha mendedahkan bahawa dia ada menghidap masalah berkaitan mental skizofernia dan juga kebimbangan melampau (anxiety).

Jelasnya, dia sudah lama mengalami masalah itu sejak di bangku sekolah lagi namun keadaan menjadi semakin teruk sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dia juga pernah dimasukkan ke hospital ketika PKP dan semenjak itu Scha mulai mengambil berat mengenai masalah kesihatan mental dan kini sudah semakin baik setelah berjumpa doktor bertauliah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...