Hal yang tidak dijangkakan buat pelakon, Naqiu Bobby apabila dia digandingkan bersama pelakon dan penyanyi jelita, Elizabeth Tan dalam sebuah filem baharu iaitu Mat Bond Malaya.
Menurut Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib, 35, apabila pertama kali dimaklumkan bahawa dia bakal menjadi hero dalam filem tersebut, dia merasakan tidak kena bila digandingkan bersama Elizabeth Tan.
Saya tak pernah jangka pun, apabila diberitahu heroin filem ini adalah Elizabeth Tan, saya rasa macam tak sesuai.
Mana tidaknya, hero dia macam ni.. lepas tu digandingkan pula dengan heroin yang lawa betul.
View this post on Instagram
Apabila ditanya tentang keserasiannya bersama Elizabeth Tan di lokasi pengambaran, Naqiu mengatakan bahawa dia dan Elizabeth tidak kerap berbual dan hanya fokus pada kerja masing-masing.
Dalam pada masa yang sama, Naqiu turut memberitahu dia sudah bersedia jika penampilannya di dalam filem pertama lakonan beliau yang bakal ditayangkan di Astro First bermula 20 Julai itu tidak disukai ramai.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.