Semalam,tular di media sosial mengenai satu ulasan makanan yang dibuat seorang pensohor TikTok terkenal iaitu Jason mengenai pizza ‘viral’ daripada Jofliam.
Dalam video ulasan makanan tersebut, Jason mengatakan tidak mudah untuk mendapatkan pizza Jofliam tersebut kerana dia mengambil masa tiga minggu hanya untuk membuat tempahan.
Difahamkan, harga pizza berkenaan adalah RM150 sekotak dan Jason berkata ia juga sedap selain memberi ‘rate’ 7.5 bintang. TikTokers itu turut memberikan pilihan kedai yang lebih baik dengan harga tiga kali ganda lebih murah berbanding apa yang ditawarkan oleh suami kepada Cik Epal tu.
Gara-gara ulasan Jason, Jofliam tampil memberikan respon balas namun tidak dapat diterima kebanyakan netizen di media sosial.
Kata netizen, Jofliam sepatutnya mengambil ulasan tersebut dengan hati yang terbuka memandangkan dia bukanlah seorang cef bertauliah dan hanya menjualnya di masa lapang.
Berikutan kecaman yang diterimanya, Jofliam kemudian tampil memohon maaf dan mengakui keterlanjuran kata dan bahasa ketika memberi respon balas kepada video Jason.
Menurut Jofliam, dia ingin membetulkan keadaan dan meminta orang ramai di luar sana agar menghentikan fitnah terhadap dirinya.
Katanya, dia hanya berasa dipergunakan oleh pensohor TikTok berkenaan kerana Jason telah mempromosikan kedai lain sedangkan lelaki itu bersama teman wanitanya tengah membuat ulasan mengenai produk pizza yang diusahakannya.
Update baru di ig story jofliam pic.twitter.com/arBg25HpFH
— Mona ?? (@monaphyx) April 3, 2023