‘Henti Guna Kain Skin Colour Untuk Artis Berhijab’ – Jaafar Onn

Hiburan

‘Henti Guna Kain Skin Colour Untuk Artis Berhijab’ – Jaafar Onn

Sebelum ini, nama Nabila Razali sekali lagi menjadi bualan apabila dia dikatakan agak seksi mengenakan pakaian dengan warna kulit di bahagian dada. Peminat berpendapat pakaian itu tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.

Jaafar Onn
3 years ago

Tak Sangka! Jaafar Onn Didakwa Pernah Jadi Vokalis XPDC Dan Berduet Dengan Jason Derulo Di Wikipedia

Advertisement

Mengulas kontroversi tersebut, selebriti serba boleh, Jaafar Onn menegur segelintir pereka fesyen supaya tidak menggunakan kain jenis ‘warna kulit’ dalam rekaan artis berhijab untuk mengelakkan salah faham.

Jaafar Onn tegur pereka fesyen

Jaafar Onn ketika dihubungi Harian Metro berkata, sebelum ini dia juga pernah menegur pakaian seorang artis veteran wanita yang memakai turban tetapi terdedah di bahagian dada dan bahu. Walaupun, ia sebenarnya kain berwarna kulit, pakaian tersebut tidak manis dilihat.

Mereka sengaja cari dosa. Kebanyakan pereka fesyen ini adalah golongan lembut. Mereka fikir cantik pada pandangan sendiri sahaja dan nak menampakkan artis itu seksi walaupun si artis memakai tudung.

Artis pula tak fikir mengenai perkara ini dan terus setuju. Main pakai sahaja tanpa bantahan yang sepatutnya.

Katanya lagi, walaupun dia dilabel sebagai lelaki lembut, dia dikira veteran dalam bidang seni. Dia berasa bertanggungjawab untuk menegur apa yang sepatutnya.

Jaafar Onn

Saya cakap terus-terang dengan artis itu. Dahlah dia pakai turban,  tapi caranya pakai warna kulit nampak mengaibkan terutama kepada golongan sebayanya.

Bab salah dan dosa, saya kena tegur dan mereka tak boleh nak pertikaikan. Saya bukan nak cari publisiti tapi ini tak sepatutnya berlaku.

Jadi saya minta pereka fesyen, janganlah hasilkan baju guna warna kulit lagi. Zaman nak seksi, nak tunjuk dada, pinggang dengan guna kain warna kulit dah tak perlu lagi.

Tambah pelakon 18 Puasa Di Kampong Pisang ini lagi, pembantu peribadi atau pegawai perhubungan artis popular hendaklah menolak pakaian yang dirasakan tidak sesuai.

Nabila Razali pakai ketat

Ingatlah kita dah akhir zaman. Saya tegur kerana umur saya dah begini. Jangan perkotak-katikkan hal pemakaian. Kalau orang lain tak boleh tegur, siapa lagi?

Sebagai artis, saya nampak perkara ini dan perlu tegur. Nabila Razali baru habis satu isu, takkan nak timbulkan satu isu lagi?

Berikutan itu, beliau memohon pereka fesyen supaya tidak lagi menghasilkan baju-baju menggunakan warna kulit. Artis juga hendaklah menolak dengan baik demi menjaga imej.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...