Oh~~ Patah tumbuh hilang berganti. Namun cepat sangat penggantian ini berlaku. Kesian Abang Nara kepada Azwan Kombos yang sehingga hari ini tidak mengetahui punca perpisahannya dengan Nad Zainal. Mesti Azwan Kombos makin keliru apabila secara tiba-tiba Hefny Sahad mengakui sedang bercinta dengan bekas kekasihnya itu. Almaklumlah, sebelum ini Hefny menafikan dirinya menjadi punca perpisahan antara Azwan dan Nad.
Secara jujurnya, kalau pengakuan cinta sebegini sudah dilakukan oleh Hefny, pastinya orang ramai akan sedikit sebanyak menuduh dirinya sebagai punca perpisahan antara Nad Zainal dan Azwan Kombos. Nak tak nak kenalah terima kenyataan itu. Namun Hefny menerusi portal Murai menegaskan yang dirinya bukanlah orang ketiga. Kata Hefny:-
Ya, kami (saya dan Nad Zainal) sangat rapat dan bukan sekadar kawan biasa. Saya berada di dalam situasi yang mereka baru saja memutuskan hubungan. Secara langsung mereka meletakkan saya sebagai punca kepada keretakan di antara mereka berdua.
Perkara ini sudah pun dijelaskan oleh Nad dan saya bukan puncanya. Nad sendiri sudah memberitahu yang dia sudah single dan hanya selepas itu, barulah kami menjadi lebih rapat.
Saya baru saja menghubungi Nad yang kini berada di Korea dan berbincang dengannya berkenaan temuramah bersama hlive!. Kami sependapat tiada apa-apa yang perlu disorokkan kerana perkara ini adalah perkara yang betul.
Kami ada bercakap tentang kahwin, tapi tidaklah dengan mendalam. Saya pun sudah berumur 27 tahun, saya dah tiada masa untuk main-main lagi. Saya tidak menolak kemungkinan jika kami ada jodoh
Untunglah Nad Zainal dapat kekasih baru yang tak kurang kacaknya. Semoga kali ini akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Jangan tiba-tiba putus secara terkejut sekali lagi sudah lah. Kepada Azwan Kombos, bersabarlah. Anggap ini sebagai dugaan. Pasti akan ada pengganti Nad Zainal yang lebih sesuai untuk anda di luar sana. Berusahalah mencari!!!.