May 7th, 2014

Terkejut juga sebenarnya apabila secara tiba-tiba Nad Zainal mengumumkan tamatnya hubungan percintaannya dengan Azwan Kombos menerusi program Melodi hujung minggu lalu. Tambah mengejutkan apabila Azwan Kombos memaklumkan yang dia tidak tahu menahu mengenai perpisahan tersebut. Ini amat menghairankan sekaligus menimbulkan spekulasi yang pasangan ini sengaja membuat gimik untuk menambahkan populariti masing-masing.

azwan kombos nad zainal

Sebenarnya taktik sebegini memang sering dilakukan oleh artis-artis tempatan apabila nama mereka sudah mula menjadi suam-suam kuku. Sekurang-kurangnya bila mengakui putus cinta, media akan memberikan perhatian dan liputan percuma. Namun menurut Nad Zainal, perpisahannya dengan Azwan Kombos bukanlah gimik sebaliknya ia adalah benar-benar berlaku. Kata Nad menerusi Harian Metro:-

Tak ada gimik tak ada apa. Apa yang keluar (pengumuman), itulah yang berlaku. Perkara yang tak diduga macam ini dalam sesuatu hubungan memang tak mustahil berlaku. Jadi tak ada (apa) yang pelik kalau berlaku.

Tapi, terus-terang saya cakap apa yang sudah keluar (umum) adalah apa yang terjadi. Tak ada agenda yang tertentu atau gimik.Selebihnya saya tak nak cakap apa-apa, cukuplah.

azwan kombos nad zainal

Untuk makluman, baru-baru ini Azwan Kombos dan Nad Zainal telah menghadiri kursus kahwin bersama-sama sebagai persediaan untuk bergelar suami isteri. Nampaknya jodoh mereka tidak kesampaian. Sementara itu Azwan memaklumkan yang dirinya masih lagi keliru dan terpinga-pinga dengan apa yang terjadi. Kata Azwan:-

Kalau gimik ke apa ke, mungkin Nad yang buatlah, bukan saya. Apa yang dah jadi memang berdasarkan apa yang saya dah cakap sebelum ini. Saya masih terpinga-pinga, pelik dan tak tahu apa-apa apabila semua berlaku secara tiba-tiba begini.

Tidak ada komunikasi antara kami. Saya cuba komunikasi tapi cara dia balas memang nak tak nak. Dia masih dingin terhadap saya sampai sekarang.Saya tak tahu sebenarnya apa berlaku. Apa pun saya hormati keputusan dia. Cuma saya terkilan sepatutnya saya yang patut tahu dulu (putus cinta) bukan media.

azwan kombos nad zainal

Kalau Abang Nara jadi Azwan Kombos pun pastinya terkilan “diceraikan” begitu sahaja oleh si kekasih tanpa mengetahui apa punca. Apa pun diharapkan memang tiada gimik dalam perpisahan mereka. Jangan tup-tup lepas ini tiba-tiba dah baik semula macam yang sering terjadi kepada artis-artis lain. Tak gitu?


Comments are closed.

Loading...