Siapa tidak mengenali abang kepada pelakon terkenal Ummi Nazeera, Dato Nazreem Musa yang sering mencuri perhatian warga maya menerusi gaya yang ditampilkannya di media sosial.
Baru-baru ini, Nazreem sekali lagi menuai respon daripada netizen apabila dia tampil ‘gorgeous’ dengan busana meleret berwarna merah jambu hasil rekaan Rizman Ruzaini.
Difahamkan, busana tersebut diadakan khas bagi memenuhi jemputan acara Most Glam 2022 yang berlangsung di ibu kota Kuala Lumpur.
Tampil elegan dengan busana labuh itu, Nazreem tidak kelihatan seperti seorang lelaki kerana disolek khas bagaikan puteri.
Berikutan itu, netizen tampil meninggalkan komen berseloroh di ruangan hantaran yang dimuat naik oleh pereka fesyen terkenal itu.
Jadi perempuan pun lawa, jadi lelaki pun kacak Nazreem ni.
Sekadar info, Dato Nazreem Musa sememangnya dikenali sebagai bintang fesyen dan kerap ke majlis-majlis berkaitan bersama adik perempuannya yang juga pelakon, Ummi Nazeera.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.