Hazami Minta Berhenti Sebarkan Berita Beliau Sudah Meninggal Dunia

Hiburan

Hazami Minta Berhenti Sebarkan Berita Beliau Sudah Meninggal Dunia

Sedang terlantar sakit di hospital dan dikejutkan dengan berita menghidapi penyakit kanser usus bukanlah satu perkara yang mudah untuk penyanyi Hazami terima saat ini, apatah lagi ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu kononnya beliau sudah meninggal dunia.

Advertisement

Pengurus beliau, Aszuad Zakaria berkata Hazami merasa terganggu apabila berita tersebut tersebar selepas menerima panggilan daripada beberapa pihak yang ingin mengetahui kesahihan berita itu.

Hazami juga telah meminta orang ramai tidak mempercayai khabar angin tersebut dan berharap agar tiada lagi menyebarkan berita berkenaan lagi selepas ini.

Hazami agak tertekan dengan tuduhan tidak benar itu dan meminta orang ramai tidak mempercayai khabar tersebut.

Sudah beberapa hari Hazami di masukkan ke hospital, tentu sekali ramai peminat yang ingin mengetahui perkembangan terbaru beliau bukan? Menurut Aszuad, sebenarnya Hazami sudah dibenarkan pulang oleh doktor pada tengah hari Rabu (semalam) dan kini tinggal bersama ibunya di Gombak.

Alhamdulillah… Hazami menunjukkan perkembanhan positif dan dia juga kelihatan agak ceria. Ketika ini doktor minta agar dia menjaga pemakanannya.

Sekitar minggu lepas, Hazami telah dimasukkan ke ICU Pusat Perubatan Tropicana selepas mengadu sakit perut secara tiba-tiba. Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan beliau menghidapi penyakit kanser dan berlaku pendarahan didalam usus beliau.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...