Hazami Hidap Kanser Usus: Akan Jalani Pembedahan Dengan Secepat Mungkin

Hiburan

Hazami Hidap Kanser Usus: Akan Jalani Pembedahan Dengan Secepat Mungkin

Beberapa hari lepas, peminat industri hiburan tanah air telah dikejutkan dengan berita dimana penyanyi Hazami telah dimasukkan ke ICU Pusat Perubatan Tropicana Damansara selepas disahkan mempunyai penyakit Diverticular Disease.

Advertisement

Selepas melakukan pemeriksaan melalui kaedah Endoscopy, doktor mengesahkan ia adalah kanser yang kini telah mengakibatkan pendarahan dalaman yang banyak apabila ketulan didalam perut beliau pecah.

Menurut abang kepada Hazami  iaitu Azahari Ahmad penyanyi tersebut sudah tidak boleh mengawal dirinya untuk membuang air besar dan terpaksa memakai lampin buat masa ini.

Doktor sudah mengesahkan yang penyakitnya adalah kanser dan buat masa sekarang, Hazami perlu bergantung dengan darah tambahan yang dimasukkan ke dalam badannya. Hazami sekarang tidak boleh kawal dirinya membuang air besar dan setiap kali dia terpaksa buang air besar, darah akan keluar. Itu yang kami pakaikan dia lampin.

Sebelum sampai di hospital pun dia sudah pitam kerana kehilangan banyak darah. Badan dia menjadi lemah ekoran penyakitnya itu.  Doktor terpaksa memasukkan kamera ke dalam badan Hazami untuk memeriksa apa yang terjadi terhadap ususnya .

Walaupun, mengamalkan cara pemakanan yang baik badan beliau tetap menyusut dan Hazami sendiri tidak menyangka bahawa keadaan itu adalah disebabkan penyakit kanser.

Agak sedih sebenarnya mendengar berita bahawa Hazami disahkan menghidapi kanser. Mari sama-sama kita doakan agar Hazami diberikan kekuatan untuk melawan kanser tersebut dan tidak pernah berputus asa. InshaAllah.

Sumber Berita: Utusan Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...