Rata-rata sudah tahu penyanyi otai yang Abang Nara maksudkan di dalam entri penyanyi otai bercerai selepas 7 hari berkahwin ialah Hattan. Kawan Abang Nara, RotiKaya telah pun menghubungi Hattan sendiri untuk mendapatkan kepastian tentang berita ini yang telah disebarkan oleh Zubir menerusi ruangannya pada Ahad lepas.
Hattan dengan segera menafikan gosip penceraiannya dan siap sound Zubir lagi kerana menyebarkan cerita tidak benar ini.
Aku tengah drive ke KLIA untuk jemput isteri aku balik dari Hong Kong — memang tiada isu dan kau ada baca tulisan Zubir Berita Harian? Dia tulis aku ceraikan isteri aku dengan talak tiga — suka hati dia — walaupun tidak menyebut nama aku, tetapi aku tahu dia tujukan pada aku. Aku tidak panggil dia seorang sahaja — wartawan lain semua aku beritahu — dia siapa lagi pun, bukan Anuar Zain, sudahlah gemuk pendek ada hati mahu di’sanjung sanjung. Kau tulis apa aku cakap.
Memang padat sekali kritikan yang telah diberikan oleh Hattan kepada Zubir. Apa pun Abang Nara doakan agar Hattan dan isteri barunya, Farah agar kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
P.S: Baru Abang Nara tahu yang Zubir adalah gemuk dan pendek. Terima kasih Hattan untuk info ini.