November 29th, 2011

Serious Abang Nara sangat-sangat terkejut apabila membaca email yang dihantar mengenai berita penceraian seorang penyanyi otai selepas 7 hari berkahwin. Untuk makluman, info yang diberikan memaklumkan yang penyanyi tersebut telah berkahwin baru-baru ini selepas sudah lama menduda. Abang Nara pun pernah cover cerita perkahwinan penyanyi otai ini di blog ini. Harap-harap info yang diberikan tidaklah tepat dan perkahwinan penyanyi otai ini masih kekal bahagia.

artis otai cerai

Namun begitu, daripada info yang diberikan, kemungkinan besar info ini adalah tepat kerana yang sumber yang memaklumkan berita ini adalah orang terdekat dengan penyanyi otai ini. Buat masa ini, penyanyi otai tersebut masih tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan khabar angin ini.  Sama-sama kita doakan agar perkahwinan penyanyi otai ini masih kukuh dan info yang Abang Nara dapat ini adalah tidak tepat. Amin.


Comments are closed.

Loading...