Alhamdulillah. Berita gembira buat Hattan dan anak-anaknya. Hatta telah melahirkan hasratnya untuk mengahwini bekas isteri pertamanya, Arianie Mohd Abidin pada 15 Ramadhan ini. Jutaan tahniah diucapkan atas berita gembira ini.
Hattan dan Arianie telah bercerai pada 17 Disember 1996 dengan talak satu. Selepas penceraian, Arianie tidak pernah berkahwin semula. Kata Hattan kepada Kosmo:-
Saya rancang ingin menikahi dia (Arianie) pada 15 Ramadan ini. Tetapi saya ada juga terfikir untuk melangsungkan perkahwinan pada hari jadi anak kami, Adam, iaitu 21 Ogos. Saya lebih suka kami berkahwin pada 15 Ramadan sebab mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama. Lagipun lebih elok jika kami berkahwin pada bulan Ramadan. Majlis sederhana sahaja. Tiada hantaran pun. Tetapi mungkin ada majlis makan-makan. Saya tidak jumpa wanita lain yang boleh dijadikan isteri. Kami juga sudah serasi bersama. Seluruh keluarga saya juga tidak mahu orang lain selain dia (Arianie).
P.S: Telekung travel ini terbaik sangat jika anda ingin pergi berjalan-jalan. Mudah dibawa, kecil dan ringan. Boleh masuk dalam handbag dengan mudah. Hanya RM29 sahaja. Pelbagai saiz boleh didapati. Layari Facebook Gudang.My untuk info lanjut.
Pasti anak-anak Hattan dan Arianie teruja dan tidak sabar untuk melihat penyatuan kembali ayah dan ibu mereka. Inilah namanya kalau jodoh tidak ke mana. Semoga perkahwinan Hattan kali ini berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Tahniah sekali lagi buat Hattan dan Arianie.