October 28th, 2012

Setelah gagal dalam perkahwinan keduanya, Hattan hari ini menerusi Metro Ahad meluahkan niat di hati untuk bertaut semula dengan isteri pertamanya, Arianie Mohd Abidin. Menurut Hattan, dia dan Arianie saling memerlukan lebih-lebih lagi dengan kewujudan Adam Eiman, anak hasil perkongsian hidup mereka.

hattan rujuk isteri pertama

Kata Hattan:-

Kami saling memerlukan dan kini berusaha ke arah itu (perkahwinan). Andai ada jodoh, insya-Allah kami akan bersatu juga dan jika tidak, kami akan terus kawan baik. Saya pernah suarakan hasrat mahu dia kembali kepada saya, tetapi dia minta saya bersabar dan bagi dia masa. Kini, saya nampak kesungguhannya untuk sama-sama membina kembali keluarga kami. Ikutkan hati, saya mahu laksanakan secepat mungkin. Biarpun sibuk dengan bisnes dan tuntutan karier sebagai penghibur, tiada alasan untuk saya tangguhkan perkara baik seperti ini. Lagipun, dah tak ada apa yang perlu kami kejar, umur pun makin meningkat.

hattan rujuk isteri pertama
Hattan dan Arianie telah bercerai pada 17 Disember 1996 dengan talak satu. Selepas penceraian, Arianie tidak pernah berkahwin semula. Abang Nara terharu mendengar kata-kata Hattan yang hanya mahukan majlis perkahwinan secara kecil-kecil dan betapa dia menyesali kesilapan dulu. Kata Hattan lagi:-

Kalau jadi, kami buat majlis kecil-kecil saja. Tak perlu beriya-iya sangat buat persiapan kerana ini bukan kali pertama kami diijabkabulkan. Malulah sudah usia sebegini nak bersanding, laksanakan apa yang wajib sudah. Saya selalu renung semula kesilapan lalu dan buang mana tingkah-laku yang tidak disenangi Arianie. Begitu juga dia, mana yang saya tidak berkenan, dia buang. Dulu saya leka dengan duniawi. Sepanjang berkahwin dengan Arianie, tidak pernah sekali pun saya imamkan dia solat. Bila kenang balik, rasa ralat sangat dan saya tak nak ulang kesilapan itu.

Semoga niat suci murni Hattan ini akan dipermudahkan. Lebih-lebih lagi untuk kebaikan anak mereka berdua. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Mulakan kembali hidup baru. Sama-samalah kita doakan agar perancangan Hattan ini akan terlaksana dalam masa terdekat tanpa sebarang halangan.

P.S: Iklan syarikat LG yang sangat cool!!!


37 responses to “Hattan Ingin Rujuk Semula Dengan Bekas Isteri Pertama”

  1. Kak Limah says:

    Hmm.. tak payah kahwin balik dengan dia tak boleh ke.. ramai lagi orang hidup sebagai ibu tunggal.. divorcee atau balu.. no big deal.. if you want to take the risk.. try out with others.. atau stay single..

  2. Raja minah jambu 24jam mengadap computer merah biru sama aje original says:

    eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee minah jambu tk bekenan betol ngan jantan panas baran ni lah eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee jaoh kn laaaaaaaaa…………bab tu minah jambu nk kena hati hati kalau nk pileh mateair biar lambat kawin asal kn dapt laki yg loving n sedap mate memandang….

  3. Sshh says:

    bagus la kalau cam tu..demi utk ank..tpi sy cam tengok hattan ni mcm dia jer y btl kalau dalam apa2 hal…tengok je la perangai dia kalau jdi juri …sy x berapa minat la kt hattan ni..tpi lagu dia memg best2…

  4. kak Nera says:

    Mesti Adam happy.

  5. Anonymous says:

    ABANG NARA, SILA CHECK BALIK..HATTAN & ARIANIE BERCERAI PADA 1996 ATAU BERKAHWIN PADA TAHUN TU??? SAYA TAK RASA DIA BERCERAI PADA TAHUN TU..SEBAB MASA SEINGAT SAYA MASA DORANG BERCERAI TU DAH LEPAS TAHUN 2000..ABANG NARA NI SEJAK DUA MENJAK NI SELALU BAGI WRONG INFO..CHECK DULU SEBELUM POST SESUATU CERITA TU..

Loading...