“Hati-Hati Dengan Siapa Kita Berguru…” – Alif Satar Belajar Dengan Dua Agamawan, Netizen Pula Yang Berdebat?

Hiburan

“Hati-Hati Dengan Siapa Kita Berguru…” – Alif Satar Belajar Dengan Dua Agamawan, Netizen Pula Yang Berdebat?

Tidak kira lelaki atau perempuan, mana-mana artis yang membuat keputusan untuk belajar agama dan mendekatkan diri dengan Pencipta sudah tentu akan meraih perhatian ramai.

Penghijrahan mereka ini dipuji ramai masyarakat kerana memberikan teladan yang baik dan diharapkan dapat kekal istiqamah.

Advertisement

Penyanyi Alif Satar juga dilihat sudah semakin istiqamah apatah lagi selepas berpeluang menunaikan haji baru-baru ini di usia muda.

alif satar

Menerusi Instagram, Alif tidak melepaskan peluang untuk berkongsi moments sepanjang berada di sana ketika menunaikan ibadah haji itu.

Pengacara versatil itu turut berkongsi saat ketika dia duduk makan bersama dua agamawan yang berilmu dan dihormati, Dr Maza dan Sheikh Hussain Yee.

Ramai menzahirkan rasa gembira apabila mendapat tahu Alif mencari dan menimba ilmu dengan dua sosok hebat itu malah ada rakan selebriti turut akui mengikuti kelas mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®? (@alifsatar)

Bagaimanapun, berlaku sedikit perdebatan tentang hal itu apabila sesetengah masyarakat meluahkan kebimbangan selepas mendapat tahu Alif berguru dengan mereka berdua.

Segelintir individu akui bimbang apabila Alif memaklumkan dia menimba ilmu dengan dua agamawan tersebut dan turut melabel mereka sebagai wahabi.

alif dr maza

komen1 komen2 komen4

Dalam pada itu, ada yang dilihat mencuba menenangkan ketegangan yang berlaku dengan berkata seharusnya umat Islam perlu bersatu dan tiada yang cuba melaga-lagakan mana-mana pihak.

Jangan kita bermusuh sesama kita umat Islam. Syurga Allah SWT itu seluasnya untuk semua yang beriman dan bersyahadah.”

k3 k1 k3

Meskipun mempunyai preference yang berbeza tetapi janganlah pula kita bergaduh sesama umat kerana penghujungnya, kita tetap kena patuh pada yang satu, Allah SWT.

1 year ago

Imej 'Lelaki Baik' Tercalar Gara-Gara Filem Pulau, Alif Satar Tak Kisah Dikritik - "Saya Rasa 'Balance'"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...