Menerusi Twitter peribadinya, penyanyi Ernie Zakri telah memuat naik kata-kata yang menimbulkan spekulasi dan pelbagai reaksi daripada netizen.
Kata Ernie yang kini sedang menunggu kelahiran cahaya mata sulungnya itu,
Hati hati bila berkata, kita sendiri ada keluarga.”
Hati hati bila berkata, kita sendiri ada keluarga. Usah berkata bukan bukan. Jaga anak anak sendiri dahulu.
— Ernie (@ErnieZakri) January 26, 2022
Meskipun tidak menyebut sebarang nama namun entri terbabit membuatkan netizen berkata-kata dan dapat mengerti tentang siapa individu dimaksudkan isteri Syamel itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan reaksi masing-masing dan nampak seolah-olah mereka semua tahu mengapa Ernie membuat kenyataan sebegitu.
Seorang netizen berkata,
Kaya tapi biadap, low class! Low mentality.”
Apa-apa pun, jika direnungkan apa yang Ernie cakap itu boleh diguna pakai dan diamalkan oleh semua orang. Memang kita kena berhati-hati bila berbicara. Lidah lagi tajam dari pisau!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.