Dakwa Anuar Zain Songsang, Ziana Zain Selar ‘Mulut Laser’ Datuk Vida!

Hiburan

Dakwa Anuar Zain Songsang, Ziana Zain Selar ‘Mulut Laser’ Datuk Vida!

Baru-baru ini, tular sebuah video di platform TikTok dimana usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida didakwa telah melabelkan penyanyi terkenal iaitu Anuar Zain menjalinkan hubungan sejenis.

Tidak mendiamkan diri, kakak kepada Anuar Zain yang juga merupakan penyanyi terkenal iaitu Ziana Zain menempelak kembali usahawan tersebut.

Advertisement

Difahamkan, menerusi video berdurasi 15 saat yang dikongsikan semula oleh pengguna TikTok itu, Vida menjawab pertanyaan seseorang yang meminta dia untuk memikat pelantun lagu Lelaki Ini untuk dijadikan sebagai suami.

Perkara tersebut telah menarik perhatian Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, yang kemudiannya meninggalkan komen pada video tersebut.

Ziana Zain Selar VidaSumber : TikTok 

Bukan hanya Ziana berasa bengang dengan kenyataan Vida itu, dalam pada masa yang sama, netizen turut meninggalkan komen mempertahankan Anuar Zain serta tidak kurang juga meminta penyanyi tersohor tersebut menyaman usahawan terbabit.

komen TikTokSumber : TikTok 

Sehingga kini, video pendek itu telah meraih lebih 300,000 tontonan dan lebih dari 5000 tanda suka dari pengguna TikTok.

Ds vida yassin
2 years ago

DS Vida Nak ‘Sponsor’ Yasin Buat Gigi Baru, Nafi Nak Tumpang Populariti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...