DS Vida Nak ‘Sponsor’ Yasin Buat Gigi Baru, Nafi Nak Tumpang Populariti

Hiburan

DS Vida Nak ‘Sponsor’ Yasin Buat Gigi Baru, Nafi Nak Tumpang Populariti

Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida tampil meluahkan hasrat hati untuk menaja pelawak dan juga bekas bintang Gegar Vaganza musim ke-8, Yassin dengan membuat gigi baharu.

Perkara tersebut dizahirkan Vida menerusi sebuah hantaran di Instagram Gempak pada Sabtu lalu di mana dia mahu Yassin lebih yakin apabila memiliki sebaris gigi yang tersusun dan cantik.

Advertisement
Ds vida astro gempakSumber : Astro Gempak 

Katanya lagi, dia bukanlah ingin menumpang populariti pelawak itu namun hanya ikhlas membantu.

Saya nak taja gigi Yassin. Sayang muda-muda tak ada gigi, isteri lawa. Saya bukan nak tumpang populariti pun. Yakin, lepas ni Yassin handsome ada gigi penuh.

Walau bagaimanapun, hasrat jutawan itu nampaknya tidak mendapat sokongan padu daripada pengguna media sosial.

Kata netizen, DS Vida dikatakan sengaja mahu menumpang popular dan ‘gila glamor’.


”Boleh DM terus kan Datuk, tak payah bagitahu semua orang kat sini.”
saran seorang netizen.

”Asal ada cerita artis, mulalah masuk daun. Apo” sahut seorang lagi pengguna media sosial.

Terdahulu, Yassin ada membuat ulasan mengenai penampilan isterinya yang sebelum ini tidak diketahui ramai di mana didakwa cantik dan seiras Janna Nick setelah tularnya video TikTok pasangannya itu baru-baru ini.

2 years ago

"Ingatkan Bujang" - Ramai Teruja 'First Time' Tengok Keluarga Yassin Senario, Muka Isteri Persis Janna Nick

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...