‘Hati Dah Lama Tertutup Untuknya’ – Suami Serina Jawab Dakwaan Bekas Isteri

Hiburan

‘Hati Dah Lama Tertutup Untuknya’ – Suami Serina Jawab Dakwaan Bekas Isteri

Cef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan baru-baru ini meluahkan rasa kecewa dengan tindakan anak, Serina, berkahwin tanpa pengetahuannya. Chef Wan turut mendedahkan anak berkahwin di Siam namun tuduhan tersebut disangkal Serina.

3 years ago

'Ramai Yang Hasut Papa' - Serina Jelaskan Kekeliruan, Nafi Nikah Di Siam

Advertisement

Terbaru, suami Serina menerusi laporan Berita Harian mengaku dia kini sedang disiasat berhubung isu bernikah kali kedua. Dia bersedia bekerjasama dengan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perlis menyiasat laporan yang dibuat.

Saya sedia bekerjasama dengan pihak berwajib.

Saya dapat tahu, bekas isteri, Nur Hamizah Shaffee membuat membuat laporan polis konon dia dimadukan tanpa kebenaran.

Menjawab kepada dakwaan bekas isteri, Aidid memberitahu hubungan mereka sudah lama bermasalah dan hambar. Aidid menafikan sekerasnya Serina menjadi punca hubungan berantakan.

Hati saya sudah lama tertutup untuknya. Saya bernikah dengan Serina, Februari lalu dan dia bukan punca kami berantakan.

Benar, ketika bernikah kali kedua, Nur Hamizah masih isteri saya. Itu fakta yang tidak boleh dinafikan.

Lagipun, ketika itu, proses tuntutan cerai mengambil masa. Kami sah bercerai pada 9 Mac lalu.

Kata Aidid lagi, kini hanya Serina isterinya, tiada isu mengenai bermadu. Mengenai tuntutan cerai, Aidid mendakwa bekas isteri yang membuat tuntutan dan dia mempunyai bukti tersebut.

Foto: Berita Harian (Ihsan Serina Redzuawan)

Dia yang tuntut cerai. Saya ada bukti tuntutan cerai itu. Dia tuntut cerai atas alasan tiada lagi persefahaman antara kami.

Jelas Aidid lagi, dia memang ikhlas menyayanyi Serina dan dua anak tirinya, Tristan Tareef dan Isabella Saffiya. Serina juga banyak memberi kata-kata semangat supaya dia tidak menyimpan dendam dengan kisah lalu.

Serina juga wanita matang, bijak mengurus kehidupan, berdikari, berani serta dedikasi dalam perniagaan dan tugas yang diamanahkan.

Tambahnya lagi, dia sangat menghormati komen yang dilontar bapa mertua. Dia dan isteri akan memperbaiki segala kekurangan diri serta berjanji akan menjaga rumah tangga dengan baik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...