Pelakon dan juga usahawan, Mawar Rashid menzahirkan perasaan teruja dan gembira apabila dia pertama kali melakukan aktiviti mengaji Al-Quran bersama suami tersayang, Raf Yaakob.
Perkara tersebut dikongsikan Mawar menerusi sebuah hantaran di Instagram Story yang turut menjawab persoalan peminat tentang cara mendapatkan semangat untuk kembali mengaji.
View this post on Instagram
“Bagaimana awak dapat semangat untuk mengaji?” soal seorang peminat dalam sesi soal jawab di Instagram Mawar.
Jawab pelakon drama Suamiku Paling Sweet itu, semangat membara untuk mengaji dapat dirasai apabila ianya dilakukan bersama orang tersayang.
“Kali pertama mengaji dengan suami, hati rasa sangat teruja dan berbunga-bunga. Sudah lama berangan untuk mengaji bersama dengan suami, alhamdullilah dapat dan seronok sangat. Kami juga cuba yang terbaik untuk kekal mengaji setiap hari.”
Tambah pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid itu lagi, dia bersyukur kerana memilik suami yang sentiasa membimbing dan mengingatkannya untuk terus beribadah kepada Tuhan.
View this post on Instagram
Terdahulu, Mawar mencuri perhatian peminat apabila dia ada memuat naik aktiviti hafazan dan mengaji Al-Quran di media sosial miliknya.
Sekadar info, Mawar dan suami, Raf Yaakob memiliki dua orang anak hasil perkahwinan mereka iaitu Raden Muhammad,3, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia lima bulan.