Mahu Anak Mahir Banyak Bahasa, Mawar Rashid Ajar Rosabella Bahasa Kelantan Dan Siam

Hiburan

Mahu Anak Mahir Banyak Bahasa, Mawar Rashid Ajar Rosabella Bahasa Kelantan Dan Siam

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid menerusi sebuah hantaran di Instagramnya ada meluahkan rasa teruja kerana tidak sabar menunggu anak perempuannya mahir bercakap pelbagai dialek bahasa.

Ujar Mawar, dia mahu anak keduanya, Raden Seri Rosabella Cinta membesar dan mewarisi nilai-nilai warisan keturunan keluarganya.

Advertisement

7 bulan lalu

Dihentam Teruk Gara-Gara Pertahan Neelofa, Mawar Rashid Mohon Maaf & Jelaskan Hal Sebenar

View this post on Instagram

A post shared by Mawar Rashid (@mawarashid)

Katanya dalam hantaran tersebut, Rosabella akan diajar dua bahasa dan satu dialek negeri iaitu Thailand, Indonesia dan Kelantan.

“Hai kawan baik saya (Rosabella). Tak sabar nak tunggu awak membesar. Pandai bercakap dalam dialek Kelantan, bahasa Siam dan Indonesia kerana ayahnya ada darah Indonesia..”

Sekadar info, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid,26, mempunyai darah campuran Siam dan ahli keluarga sebelah ibunya pula berasal dari Chiang Mai, Thailand.

View this post on Instagram

A post shared by Mawar Rashid (@mawarashid)

Advertisement

Terdahulu, Mawar dan suami, Raden Ahmad Faizal Yaakob telah mendirikan rumah tangga pada November 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Rafael,2, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia lima bulan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Farhan Azizan

    June 22, 2021 at 7:36 pm

    TIDAK PERLU BELAJAR BAHASA INDONESIA PUN TIDAK APA. KERANA APA, BAHASA INDONESIA CURI PELBAGAI BAHASA LAIN TERUTAMA BAHASA MELAYU DAN INGGERIS SERTA JAWA. BAHASA KOREA ADA CURI BAHASA LAIN KE?

  2. Anonymous

    June 22, 2021 at 10:22 am

    daripada belajar bahasa indon, lebih baik belajar BM.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...