“Haritu Kata Nak Berpisah” – Netizen Syak Isteri Kedua PU Abu Hamil?

Hiburan

“Haritu Kata Nak Berpisah” – Netizen Syak Isteri Kedua PU Abu Hamil?

Sebelum ini, pendakwah selebriti PU Abu Sufyan ada memaklumkan bahawa hubungannya bersama kedua isteri, Ain Afini dan Hana Azraa sedang retak menanti belah.

Malah, media hiburan turut melaporkan Abu ada mengaku yang dia dan kedua-dua isterinya itu bakal membawa haluan masing-masing sekitar bulan Oktober lalu.

Advertisement

Dalam kenyataannya itu, PU Abu berkata dia, Ain dan Hana bersepakat mahu membawa haluan masing-masing setelah menghadapi kemelut rumah tangga selama hampir enam tahun.

Namun, kenyataan itu seolah-olah disangkal isteri kedua Abu, Hana apabila wanita itu ada memberi bayangan bahawa dirinya sedang hamil.

Gara-gara perut Hana yang seperti mempunyai ‘baby bump’, netizen mula berspekulasi bahawa wanita itu kini sedang hamil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @hanaazraa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar wanita itu dipermudahkan urusan kehamilan dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Sekadar info, Pu Abu telah bernikah dengan Ain pada tahun 2018 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

PU Abu kemudian bernikah dengan Hana pada tahun 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Hana sebelum ini pernah berkahwin dan turut mempunyai anak perempuan hasil pernikahannya yang terdahulu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aisyah hijanah
11 months ago

"Bukan Bermakna Kita Tamak" - Aisyah Hijanah Dedah Aset & Harta Sepencarian Jadi Miliknya 100%

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...