“Bukan Bermakna Kita Tamak” – Aisyah Hijanah Dedah Aset & Harta Sepencarian Jadi Miliknya 100%

Kehidupan

“Bukan Bermakna Kita Tamak” – Aisyah Hijanah Dedah Aset & Harta Sepencarian Jadi Miliknya 100%

Pensohor media sosial dan usahawan, Aisyah Hijanah baru-baru ini berkongsi berita gembira apabila dia mengumumkan bahawa hasil titik peluh serta harta sepencarian yang diusahakan bersama suami, Alif Teega telah dipindah milik sepenuhnya kepada dirinya.

Aset-aset tersebut adalah ‘share’ perniagaan hijab, rumah, kereta dan juga aset-aset lain.

Advertisement

Biiznillah, segala hasil titik peluh yang dibina from scratch bersama suami (aset harta sepencarian), telah dipindahkan 100 peratus kepada milik Aisyah termasuklah share Hijanah Official 100 peratus, rumah, kereta dan aset-aset yang lain.

Dia dalam pada itu sempat memberikan nasihat kepada orang ramai di luar sana agar tidak membiarkan amarah menguasai diri sebaliknya harus bijak pandai dalam menguruskan kehidupan.

Jangan hancurkan semuanya hanya disebabkan amarah kita. Secure your rights and your efforts. Catat semua aset bersama dan buat satu aggrement khas. Kalau mampu hire lawyer, silakan.

Aisyah juga menafikan tindakannya itu bukanlah bermakna dia tamak harta benda sebaliknya jaminan buat dirinya dan juga anak-anak.

Bagi wanita yang dipoligamikan, Aisyah harap posting kali ini membantu anda semua. Poligami bukanlah perkara yang haram, tetapi tidaklah semua wanita boleh menerima.

Bukan bermakna kita tamak atau gila harta, tetapi kita nak secure dan jaminan untuk diri serta anak-anak. Sentiasa minta Allah beri petunjuk dan cari jalan yang terbaik.

“Aisyah doakan agar mana-mana wanita yang dalam ujian sama diberikan kekuatan dan ketenangan hidup bersama suami dan anak-anak. Semoga membantu. Terima kasih Alif Teega kerana kerjasama dengan baik dan beri kecukupan buat Aisyah dan anak-anak.” tulisnya lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada putan di bawah.

syafiqa melvin
4 months ago

(VIDEO) Syafiqa Melvin Bernikah Kali Kedua, Netizen Sebak Tengok Anak-Anak Bawa Cincin Dan Dulang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...