Pelakon dan juga usahawan, Wawa Zainal nampaknya telah menjentik hati nurani netizen untuk memberi komen terhadap salah satu perkongsian media sosial Instagramnya.
Wawa yang baru sahaja melahirkan anak bongsu kira-kira lapan hari yang lalu tampil bergaya mengenakan kasut tinggi dan khabarnya sudah kembali bekerja untuk seketika.
View this post on Instagram
Dalam perkongsian itu, Wawa memaklumkan dia kembali sebentar ke pejabat bagi tujuan memeriksa kualiti produk keluaran terbaru syarikat kosmetik miliknya.
Hari ke-8 pantang & singgah pejabat kejap periksa stok #wawaperfume mendarat di HQ. Alhamdulillah sambutan yang luar biasa.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil memuji Wawa seorang wanita hebat kerana mampu kembali bekerja dalam masa yang singkat dan kekal cantik.
Namun begitu, ada juga warga maya yang bersikap prihatin tampil memberi sedikit nasihat kepada Wawa supaya jangan mengambil ringan perihal pantang kerana ia akan dapat memberi kemudaratan di kemudian hari.
“8 hari pantang kita kain batik lagi, bertungku, Ya Allah jangan ambil mudah Kak Wawa bab-bab pantang ni. Kita takut orang tua dulu-dulu pesan. kang jatuh peranakan kan. Apa-apa pun semoga Kak Wawa sihat sokmo.” tulis seorang netizen.
Sekadar info, Wawa dan Aeril telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,7, Hayla Maghfiratul Adzkiya,5, dan Ayya Soffya,1, dan anak bongsu mereka yang masih belum didedahkan namanya.