Sengaja Dera Aeril Jaga Anak, Wawa Zainal Dah Nak ‘Tutup Kilang’

Hiburan

Sengaja Dera Aeril Jaga Anak, Wawa Zainal Dah Nak ‘Tutup Kilang’

Gelagat pelakon dan juga usahawan, Wawa Zainal yang bertindak ‘membuli’ suaminya, pelakon Aeril Zafrel ternyata telah mencuit hati peminat di Instagram.

wawa zainal lahirkan anak ke-4
2 years ago

(TAHNIAH) Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Selamat Timang Cahaya Mata Ke-4

Advertisement

Wawa yang menyuruh Aeril menjaga anak ke-4 mereka yang baharu sahaja dilahirkan pada Selasa lalu itu khabarnya sebagai ‘hadiah’ hari jadi suaminya yang disambut pada 2 Disember baru-baru ini.

Dalam video tersebut, kelihatan Aeril sedang memberi susu kepada anak bongsu mereka dalam keadaan mengantuk sehinggakan hampir terlelap.

Ujar Wawa, dia sengaja membiarkan Aeril merasai kepenatan menjaga bayi sebagai ‘hukuman’ kerana mahu anak yang ramai.

Selamat hari jadi sayang. Nah! Hadiah hari jadimu (jaga bayi). Kepenatan. Nak sangat anak ramaikan?

Tambah pelakon filem Sabda Kekasih itu lagi, dia hanya berniat untuk memberi pengajaran kepada suaminya agar bersetuju untuk ‘menutup kilang’ membuat anak.

Terdahulu, Wawa telah melahirkan anak ke-4 mereka seminggu lebih awal daripada tempoh yang dijangka iaitu pada hari Selasa lalu.

Sekadar info, Wawa dan Aeril telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan mempunyai tiga orang cahaya mata lain iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa,5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...