Harga Terlalu ‘Marhaen’? Jangan Risau! Ini Resepi Kari Sotong Mamak Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

Makanan

Harga Terlalu ‘Marhaen’? Jangan Risau! Ini Resepi Kari Sotong Mamak Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

Sedia maklum, sejak kebelakangan ini banyak isu yang tular berkenaan dengan harga makanan di restoran bermula dari ikan siakap dan selepas itu sotong pula.

Tidak boleh dinafikan, restoran mamak merupakan salah satu pilihan utama makanan rakyat di Malaysia biarpun makanan yang dihidang amat ringkas seperti nasi putih, ayam goreng dan kubis goreng.

Advertisement

Belum dikira makanan sampingan yang lain seperti hidangan sotong popular antaranya sotong berempah, kari sotong dan kari telur sotong.

Jadinya! Penulis ingin berkongsikan resepi kari sotong ala mamak yang boleh dibuat hanya di rumah sahaja tanpa perlu membeli.

BAHAN A

1 kilo sotong (dibuang kelongsong dakwat dan tulangnya).

BAHAN B

Minyak untuk menumis.

2 ulas Bawang Merah (dihiris)
2 tangkai Daun Kari
3 inci Kulit Kayu Manis
3 biji Buah Pelaga
6 kuntum Bunga Cengkih
1 kuntum Bunga Lawang

BAHAN C (kisar halus)

8-10 ulas Bawang Putih
1 1/2  inci Halia
sedikit Air *optional (untuk memudahkan proses mengisar)

BAHAN D
2 helai Daun Pandan (disiat dan disimpul)

3 camca besar ‘penuh’ Rempah Kari Ayam/Daging
1 camca teh Jintan Manis serbuk
1 camca teh Jintan Putih serbuk
1 cawan Air

8-10 ulas Bawang Kecil (dihiris)
1 batang Serai (diketuk)
1 keping Asam Gelugor

1 camca teh Lada Hitam serbuk
sedikit Garam

BAHAN E

5 tangkai Daun Pudina
2 tangkai Daun Ketumbar
3 biji Cili Padi Merah
3 biji Cili Padi Hijau

Cara menyediakannya:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan B hingga wangi.

Resepi Kari Sotong ala MamakSumber : Selemak Santan 

2. Masukkan bahan C (bahan kisar), kacau hingga ia lebih beraroma.

Resepi Kari Sotong ala MamakSumber : Selemak Santan 

 

3. Masukkan daun pandan, terus kacau hingga air kisar susut.

Resepi Kari Sotong ala MamakSumber : Selemak Santan 

4. Masukkan rempah kari, jintan manis, jintan putih dan sedikit air untuk mengelakkan ia cepat hangus. Perlahan kan api supaya rempah masak sekata dan terbit minyak secara perlahan.

Sumber : Selemak Santan 

5. Masukkan hirisan bawang kecil.

Sumber : Selemak Santan 

6. Masukkan serai dan asam gelugor. Masak lagi sehingga minyak terbit lebih banyak dan rempah sedikit garing.

Sumber : Selemak Santan 

7. Baru masukkan sotong.

Sumber : Selemak Santan 

8. Tambahkan lada hitam, garam dan sebatikan perlahan-lahan.

Sumber : Selemak Santan 

9. Air sotong akan keluar semasa proses ini menjadikan kari sedikit berkuah. Pada ketika ini, jika rasa kuah terlalu pekat, kurang atau nak lebihkan kuah, boleh ditambahkan air panas mendidih.

10. Akhir sekali, tabur dengan bahan E, ratakan seketika sebelum angkat untuk dihidangkan.

Resepi Kari Sotong ala MamakSumber : Selemak Santan 

Selamat mencuba di rumah!

Sotong RM100
2 years ago

Sotong 2 Ekor RM100 Jadi Tumpuan Netizen, KPDNHEP Beri Notis Kepada Peniaga Restoran Nasi Kandar Terkenal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...