“Harga Sekotak Beratus, Tolong Jangan Pentingkan Diri!” – Individu Mahu Jual Ubat Daripada Hospital Kerajaan Mengundang Kecaman Warga Maya

Kehidupan

“Harga Sekotak Beratus, Tolong Jangan Pentingkan Diri!” – Individu Mahu Jual Ubat Daripada Hospital Kerajaan Mengundang Kecaman Warga Maya

Semua sedia maklum mengenai perkhidmatan perubatan di Malaysia boleh diklasifikasikan sebagai terunggul selain warganegara hanya perlu membayar RM1 bagi mendapatkan rawatan serta ubat-ubatan yang disediakan hospital kerajaan.

Namun, tindakan seorang pengguna aplikasi X ini yang bertindak menjual ubat-ubatan berkaitan penyakit HIV telah menerima kecaman daripada warga maya.

Advertisement

Jual ubat-ubatan yang diberikan percuma

Difahamkan, individu itu menerima ubat-ubatan daripada hospital kerajaan berkaitan penyakitnya namun dia enggan lagi memakannya seperti yang diarahkan doktor.

Ubatan hivSumber : X  

Ubat-ubatan yang ingin ‘dilepaskan’ individu tersebut bernilai ratusan ringgit dan diklasifikasikans ebagai terkawal kerana perlu diambil hanya menerusi deskripsi doktor dan ahli farmasi yang terlatih dalam bidang penyakit HIV.

Individu itu memberi alasan ingin menjual ubat-ubatan tersebut kerana ramai yang mengadu terputus bekalan selain ingin mendapatkan rawatan alternatif yang lain.

Dikecam netizen

Menjengah ke ruangan komen hantaran jualannya itu, ramai netizen tampil menegur niat individu tersebut yang dianggap mementingkan diri dan sudah menyalahi undang-undang.

Kata netizen, jika sudah tidak mahu mengambil ubat-ubatan tersebut, pulangkan saja ke hospital berdekatan kerana ramai lagi yang memerlukan deskripsi ubatan tersebut, bukannya menjual pula kepada orang yang terdesak.

Ciapan tersebut turut mendapat perhatian sebuah persatuan NGO MyKasih yang meminta individu itu untuk tidak mementingkan diri dan memulangkan semula ubat-ubatan berkenaan jika tidak digunakan lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

glamping
3 months ago

(VIDEO) Nenek Dipukul 'Owner Glamping' Selepas Mengadu Bakar Sampah Belakang Rumah, Ini Rupanya Kisah Sebenar...

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...