Personaliti TV Daphne Iking menjadi mangsa kecaman netizen apabila dia ada mencadangkan orang ramai agar membuat roti sendiri susulan harga makanan ruji hampir keseluruhan rakyat Malaysia itu mengalami peningkatan mulai hari ini.
Apa yang menjadi bahan kecaman adalah apabila Daphne mencadangkan agar mereka di luar sana menggunakan perkakas memasak makanan premium Thermomix yang harganya mencecah ribuan ringgit seunit.
Sedia maklum mengenai kritikan tersebut, Daphne tampil memberi sedikit penjelasan mengenai tindakannya yang dianggap tidak sensitif bagi sesetengah orang itu.
Satu benda yang saya nak jelaskan adalah saya tidaklah kaya raya tapi bersyukur kerana mempunyai karier dan membayar bil dan sediakan makanan atas meja. Saya tidak berniat menyakiti perasaan orang lain.
Didakwa tidak menghormati dan kurang sensitif dengan nasib golongan yang tidak berkemampuan, Daphne sebelum ini ada berkongsi foto berbaur jenaka di Instagram di mana dia menyarankan orang ramai untuk membuat roti sendiri di rumah menggunakan Thermomix.
I’m reading the comments and digesting what’s being mention. Thank you for tagging me. One comment I’d like to point out is I’m not monetary rich but I do find joy in this career that has helped pay bills and literally put food on the table. There was no malice intended.
— Daphne Iking (@daphnemiking) November 29, 2021
Ia sekaligus mengundang komen pelbagai daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan Daphne berjenaka dengan isu seperti itu kerana masih ramai rakyat di negara ini yang masih bergelut dengan isu kewangan yang semakin meruncing dari hari ke hari.