“Rupanya Objek Keras & Tajam Itu Batu Nisan” – Daphne Iking

Hiburan

“Rupanya Objek Keras & Tajam Itu Batu Nisan” – Daphne Iking

Pelakon dan pengacara jelita, Daphne Iking tidak menyangka objek keras dan tajam yang dihempap berulang kali olehnya semasa menjalani sebuah babak aksi di set penggambaran filem Belukar adalah batu nisan.

Daphne Iking hijab
3 years ago

"Nampak Manis Pakai Tudung.." - Netizen Puji Daphne Iking Berhijab

Advertisement

Perkara itu dikongsikan oleh Daphne menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya di saat dia mengenangkan kejadian semasa penggambaran filem tersebut yang dilakukan pada tahun 2009.

Saya ditawarkan watak utama sebagai Eva dalam filem Belukar. Saya masih ingat bagaimana aksi lagak ngeri dilakukan sendiri oleh saya termasuk terjun ke laut dari jeti.

Menurut Daphne, kru produski telah meletakkan sebuah tilam yang ditutupi dengan daun dan tanah untuk mengurangkan rasa sakit sewaktu dia melakukan adegan jatuh akibat ditembak untuk babak itu.

Tambah Daphne lagi, pengarah kemudiannya membuat keputusan untuk ketepikan tilam itu dan mengarahkan bahagian prop untuk melembutkan permukaan tanah di kawasan tersebut kerana tilam itu asyik kelihatan di dalam kamera.

Namun begitu, Daphne berasa hairan mengapa setiap kali mengulangi babak dirinya terjatuh di kawasan itu kepalanya terasa begitu sakit sedangkan kawasan itu sudah dibersihkan.

Daphne turut mengatakan bahawa dia berasa pelik kerana mereka kata sudah berulang kali bersihkan kawasan itu tetapi dia tetap juga terhempap atas objek yang keras dan tajam sebelum kemudiannya benar-benar mengamuk dan marah dengan pasukan.

Daphne Iking

Perkara tersebut telah membuatkan seluruh pasukan berasa kecewa dan jengkel terhadap Daphne sehingga tiada sesiapa mahu berbual atau menatap wajahnya dan akhirnya jurusoleknya memberitahu puncanya.

Bukan satu tapi enam!

Susulan daripada itu, Daphne bertindak meminta maaf dengan semua pihak dan kru kemudiannya menunjukkan beberapa rakaman gambar yang memaparkan bayangan menyeramkan batu nisan di tempat yang sama dirinya jatuh apabila dilihat secara dekat.

Daphne dan pengurus lokasi kemudiannya mendapat maklumat daripada penduduk sekitar bahawa lokasi penggambaran yang dilakukan itu merupakan sebuah kawasan tanah perkuburan yang tidak didaftarkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...