“Harga RM1 Juta Kalau Pakai Baju” – Caprice Dedah Dapat ‘Job’ Berkempen Untuk Parti Politik

Hiburan

“Harga RM1 Juta Kalau Pakai Baju” – Caprice Dedah Dapat ‘Job’ Berkempen Untuk Parti Politik

Baru-baru ini, penyanyi rap sensasi iaitu Caprice telah memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram miliknya mendedahkan tangkap layar perbualan mesej di aplikasi WhatsApp.

Menerusi video tersebut, seorang individu dipercayai cuba memberi tawaran berbayar kepada aktivis kemanusiaan berusia 35 tahun itu untuk berkempen bagi sebuah parti politik.

Advertisement

Bukan itu sahaja, dalam tawaran tersebut Caprice turut diminta untuk memakai t-shirt parti politik berkenaan dan memuat naik video di laman TikTok miliknya.

Agak-agak dapat lock job ni ke tak?

Bagaimanapun, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mengenakan harga RM1,000,000 untuk memakai baju parti politik dan berkempen di media sosial.

Malah, penyanyi lagu Lai Lah itu turut memaklumkan kepada individu berkenaan bahawa berkempen untuk parti politik merupakan sesuatu yang bahaya sekaligus menolak tawaran tersebut.

Bahaya ah bro politik ni.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa terkejut dengan pendedahan yang dilakukan Caprice kerana tidak menyangka sesetangah parti politik sanggup membayar selebriti demi mendapatkan penyokong.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aeril Zafrel
1 year ago

(VIDEO) "Berapa Ribu Dapat Buat Video Camni?" - Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Pakai Baju PN Di TikTok, Netizen Perli Dah Lupa Diri?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...