Harga Perodua Kelisa Makin ‘Mencanak’, Pengguna Mengadu Susah Nak Dapat Bawah RM10K

Berita

Harga Perodua Kelisa Makin ‘Mencanak’, Pengguna Mengadu Susah Nak Dapat Bawah RM10K

Sejak kebelakangan ini, ramai peminat kereta mendakwa harga kereta jenama Perodua Kelisa sudah semakin mahal dan sudah tidak dijual lagi di kedai kereta terpakai (used car).

Didapati harga Perodua Kelisa sudah semakin ‘mencanak’ dari hari demi hari dan semakin sukar untuk mendapat harga kereta berkenaan di bawah RM10,000.

Advertisement

Kebanyakkan pembeli mendakwa harga kereta tersebut semakin ‘keras’ kerana ia sangat efisyen untuk dipandu di bandar ataupun di kawasan perkampungan.

harga kereta kelisa makin mahalSumber : Kosmo  

Menurut laporan dari artikel Kosmo, kereta berkenaan mempunyai banyak kelebihan seperti jimat minyak, senang untuk di parking, alat ganti murah, serta binaan kereta lebih kukuh jika hendak dibandingkan dengan Perodua Viva ataupun Perodua Axia.

Disebabkan itu, tidak hairan dengan manfaat yang ada, Perodua Kelisa kini semakin menjadi pilihan orang ramai dan laku di pasaran.

Salah seorang pengguna yang sudah memakai kereta model terbabit selama 10 tahun memberitahu jarang mempunyai masalah dan hanya perlu selenggara mengikut jadual yang ditetapkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

"Kalau Memang Gatal, Tengok Epal Pun Bernafsu" - Isu Tayang Punggung, Janna Nick Bengang Perempuan Selalu Jadi Simbol S*ks

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...