“Kalau Memang Gatal, Tengok Epal Pun Bernafsu” – Isu Tayang Punggung, Janna Nick Bengang Perempuan Selalu Jadi Simbol S*ks

Hiburan

“Kalau Memang Gatal, Tengok Epal Pun Bernafsu” – Isu Tayang Punggung, Janna Nick Bengang Perempuan Selalu Jadi Simbol S*ks

Baru-baru ini, tular rakaman menunjukkan Janna Nick ketika dia berada di acara mempromosikan tayangan filem Juang dan video itu telah mendapat banyak komen berbaur lucah.

Kata netizen, Janna yang menggayakan gaun berwarna peach itu sengaja menayangkan bentuk badan dan punggungnya ketika melambai kepada peminat dari arah belakang.

Advertisement

Pelakon dan juga penyanyi itu telah tampil menyelar tindakan portal yang menerbitkan berita tentang penampilannya itu dan berkata ia daripada sumber tidak sahih.

Menerusi Instagram story, Janna berkata dia tidak mengerti dengan penulisan sesetengah blogger yang sering membuat tajuk ‘clickbait’ tanpa memastikan ia daripada sumber sahih yang memanipulasi pemikiran pembaca.

Jangan sampaikan benda yang salah. Orang kita pula sejenis baca tajuk saja.”

Ketika dihubungi Gempak, Janna berkata video tersebur dimuat naik oleh netizen tanpa pengetahuannya dan mengakui dia tidak leka menayangkan punggung seperti yang dituduh.

Penyanyi lagu Gatal itu juga turut meluahkan rasa kecewa dan simpati dengan golongan wanita sepertinya kerana sering menjadi mangsa lelaki miang.

Kesian jadi perempuan semua benda nak dijadikan simbol seks. Kalau dah kambing pun kena rogol. Kalau memang jenis gatal, tengok buah epal pun dia bernafsu.”

Jelas Janna, dia menoleh ke belakang untuk melambai kepada peminat yang merakam dan ia hanya nampak sebegitu kerana video itu dirakam dari arah belakang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Semakin Berani Dia Sekarang" - Netizen Terkejut Tengok Gambar Seksi Percutian Eyka Farhana

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...