Golongan peniaga terumanya barang makanan dan minuman mendakwa harga barang mentah yang dijual di pasaran masih tidak turun dan sekaligus menyukarkan mereka untuk menurunkan harga jualan makanan seperti yang disarankan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Malah, para peniaga yang ditemui Sinar Harian tidak bersetuju dengan teguran Rafizi yang mendakwa mereka sengaja enggan menurunkan harga barang jualan mereka.
Kalau kita sendiri nak turunkan harga jualan makanan tapi kita beli bahan mentah dengan harga pasaran semasa, rugilah kami.
Peniaga mendakwa bahawa harga barang mentah masih tidak menunjukkan sebarang penurunan harga dan masih sama seperti dulu.
Sekarang barang mana ada turun. Sebelum PKP dulu susu satu karton dijual pada harga RM105. Sekarang jadi RM145. Macam mana mereka kata macam tu, harga barang apa yang turun?
Menurut seorang peniaga makanan nasi campur, harga barang mentah seperti ikan juga telah meningkat dan mereka juga berasa tidak sampai hati untuk menjualnya kepada pelanggan dengan harga yang sedikit mahal namun terpaksa kerana perlu mengambil kira kos pekerja, harga minyak dan sebagainya.
Bukan saya kata. pic.twitter.com/ixWnJpHiyq
— Ramzul Saidin (@RamzulSaidin) January 24, 2023
Terdahulu, Rafizi Ramli tampil menegur sikap sesetengah peniaga restoran dan kedai makan yang enggan menurunkan harga barang jualan mereka meskipun harga barang mentah di pasaran telah turun.
Ujar Rafizi, peniaga mestilah bekerjasama bagi menyimbangkan harga jualan barang makanan dengan bahan mentah agar dapat membantu rakyat menambah ruang perbelanjaan dan mengurangkan beban kewangan mereka.
Baru-baru ini, Menteri Ekonomi itu juga mengakui kerajaan tidak mampu untuk campur tangang terhadap kenaikan harga makanan di semua restoran dan kedai makan dan mengharapkan kerjasama orang ramai untuk ‘memulau’ premis yang gagal menurunkan harga.
Apa kata anda?