#SembangNara – “Reverse, Forward, InsyaAllah Detect” (RFID), Apa Punca Sebenar Dan Solusi Terbaik?

SembangNara

#SembangNara – “Reverse, Forward, InsyaAllah Detect” (RFID), Apa Punca Sebenar Dan Solusi Terbaik?

Saban hari kita didendangkan dengan rungutan para pengguna lebuh raya di Malaysia mengenai isu RFID yang dikatakan mempunyai banyak isu dan masih lagi tidak diselesaikan sehingga ke hari ini.

Antara ‘masalah’ yang sering dihadapi pengguna-pengguna sistem RFID adalah seperti lorong yang selalu sesak gara-gara pelekat tidak dapat dikenal pasti sistem, baki ‘wallet’ pengguna tidak mencukupi dan lorong yang dibuka tidak mencukupi ketika waktu puncak.

Advertisement

Reverse, Forward, Insya-Allah Detect (RFID)

RFIDSumber : Google  

Meskipun RFID ini sudah lama diperkenalkan sejak lima tahun yang lalu, namun masih ramai yang memilih untuk tidak memakai sistem ini kerana bimbang mereka akan ‘tersangkut’ dalam kesesakan berikutan sistemnya yang tidak stabil sehinggakan ia digelar rakyat sebagai  ‘Reverse, Forward, Insya-Allah Detect’ (RFID).

Kalau anda nak tahu, sistem RFID ini pada awalnya diperkenalkan untuk mengatasi isu pengguna kad Touch ‘n Go (TnG) yang sebelum ini terkait dengan beberapa isu seperti bayaran ‘surcaj’ dan lorong tambah nilai yang tidak mencukupi ketika waktu sesak dan musim perayaan.

Perjanjian 1998 dan isu monopoli

Pada tahun 1998, syarikat CIMB dan PLUS telah memeterai perjanjian untuk menggunakan sistem Touch ‘n Go sebagai kaedah pembayaran elektronik tunggal di setiap konsensus lebuh raya yang terdapat di Malaysia.

TnG kemudiannya menjadi anak syarikat syarikat perbankan CIMB selepas ia diambil alih sepenuhnya pada tahun 2019.

Kalau ikutkan, PLUS sebenarnya pernah ‘berusaha’ untuk memperkenalkan sistem RFID mereka sendiri pada tahun 2018 namun gagal setelah syarikat perbankan itu bertindak mengheret PLUS ke mahkamah atas dakwaan telah melanggar perjanjian mereka yang dimeterai pada tahun 1998.

CIMBSumber : Berita Harian  

Antara ‘benefit’ sistem RFID yang ingin diperkenalkan PLUS pada ketika itu adalah seperti pemotongan bayaran tol secara terus ke bank tanpa ‘surcaj’ dan boleh ‘link’ kepada akaun debit dan kredit kad pengguna.

Setelah kes itu, TnG terus menjadi sistem elektronik tunggal pembayaran tol di semua lebuhraya sehinggalah ke hari ini apatah lagi setelah sistem bayaran tunai telah dihapuskan secara penuh pada tahun 2017.

Pengenalan Multi Lane Free Low (MLFF) wajar atau tidak?

Sebenarnya, sejak tahun 2009 lagi kerajaan ada pernah mencadangkan untuk memperkenalkan sistem MLFF di setiap lebuhraya di Malaysia namun tidak kesampaian sehingga kini. Korang agak sebab apa?

MLFF

Sekadar info, sistem MLFF ni tidak perlu menggunakan palang dan berfungsi seperti kamera ‘speed trap’ yang dipasang di tepi jalan dan lebuh raya.

Kenderaan juga tidak perlu berhenti seperti sistem TnG kini, dan ia menggunakan teknologi Global Navigation Satelit System (GNSS) di mana RFID digunakan sebagai penghubung sensor pengesan tol dan kenderaan.

Pengguna akan menerima bil tol terus ke rumah ataupun menerusi aplikasi dalam talian dan boleh membayarnya dengan menggunakan kad kredit ataupun debit.

Yang lebih best, sistem ini juga telah diaplikasikan di negara seperti Singapura sejak tahun 1998 lagi! Woww!

Pertikaian dan perdebatan

Pakar analisis negara pernah membangkitkan isu monopoli ini dan mereka menganggap bahawa syarikat yang ‘menguasai’ sepenuhnya sistem ini mempunyai keberangkalian untuk tidak mempertingkatkan lagi fungsi dan sistem yang dibuat sebab ”nak tak nak korang kena pakai juga apa yang telah disediakan’. Lebih kurang ‘take it or leave it’ lah!

Antara isu yang diperdebatkan selain isu monopoli yang rasanya semua rakyat bijak pandai sudah sedia maklum, antaranya kebergantungan kepada tenaga kerja manusia juga pernah dibangkitkan namun sejak penggunaan sepenuhnya TnG di lebuhraya, ia tetap juga sama jika dibandingkan dengan kelebihan MLFF ini yang menjimatkan lebih banyak masa pengguna.

Terbaru, kerajaan ada membuat pengumuman untuk memperkenalkan kembali  sistem MLFF ini pada tahun 2025 (sumber: Paultan.org) setelah berkali-kali ia gagal diusahakan buat kemudahan pengguna.

Dan semalam, TnG ada memperkenalkan kad prabayar VISA yang dipautkan dengan baki TnG e-Wallet, tetapi tidak boleh digunakan untuk membayar tol di lebuh raya. Di manakah logiknya?

1 year ago

#SembangNara - Pelajar Uni Suka Buat 'Assignment' Dekat Kedai 'Fast Food', Macam Mana Nak Bendung?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...