Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza rupa-rupanya merupakan penyumbang zakat tertinggi bagi kategori selebriti.
Perkara itu didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini ketika mengendalikan sebuah program anjuran LZS baru-baru ini.
Menerusi video yang tular di Twitter, penyanyi tersohor itu dimaklumkan tidak pernah gagal membayar zakat ke LZS sejak tahun 2019 lagi.
Harapnya selepas ini, akan ada lebih ramai rakan artis yang mengikut jejak langkah Datuk Seri Siti. Dalam tempoh lima tahun tidak pernah gagal membayar zakat, walaupun banyak membuat kerja kebajikan lain seperti menguruskan Yayasan Nur Jiwa dan sebagainya.
“Siti Nurhaliza pembayar zakat paling tinggi untuk kategori penyanyi” – Lembaga Zakat Selangor
“Tidak pernah miss bayar since 2019 walaupun ada bantuan/ yayasan sendiri” *before this byr dkt pahang* pic.twitter.com/5SVxwstHRh
— lita ❤️🔥 wooi yik (@CityLita) November 15, 2023
Sementara itu, ramai warganet memuji penyanyi kegemaran ramai berkenaan dan kagum dengan TokTi kerana tidak pernah menunjuk-nunjuk atau menghebahkan kebaikan dilakukannya.