“Apa Yang Disuarakan Mereka Tidak Sama Dengan Pendirian Saya..” – Tak Sokong Kenyataan Universal Music Group, Siti Nurhaliza Tangguh Konsert

Hiburan

“Apa Yang Disuarakan Mereka Tidak Sama Dengan Pendirian Saya..” – Tak Sokong Kenyataan Universal Music Group, Siti Nurhaliza Tangguh Konsert

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza dikatakan tidak menyokong syarikat rakaman antarabangsa, Universal Music Group (UMG) yang ternyata tidak menyokong tentera Hamas yang menyerang semula Israel baru-baru ini.

Menurut Tok Ti, dia bukanlah artis yang berada di bawah payung syarikat Universal Music Malaysia. Mereka hanya bekerjasama sebagai pengedar lagu-lagu dari albumnya.

Advertisement

Saya percaya pendirian Universal Music Malaysia mengenai isu ini tidak sama dengan mereka.

Apa yang disuarakan UMG itu tidak sama dengan pendirian saya. Saya tetap menyokong Palestin.

Tambah penyanyi ini juga, dia sendiri terkejut apabila melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut berkenaan isu peperangan di negara Palestin itu.

Meskipun hantaran tersebut tidak menyebut mereka menyokong Israel secara terang-terangan, namun kenyataan berkenaan seolah-olah ingin menyalahkan tentera Hamas.

Bukan itu sahaja, sebagai tanda sokongan dan hormat, pelantun lagu Senyawa ini turut menangguhkan konsertnya pada Mac tahun hadapan. Siti juga akui tidak mahu terlalu berkongsi aktiviti hariannya mengingatkan keadaan sedara Islam kita yang sedang berjihad di sana.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ct
7 months ago

"Itu Ruang Perjuangan Yayasan Nurjiwa" - Siti Nurhaliza Kecewa 'Posting' Di Instagram Mula Disekat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...