“Itu Ruang Perjuangan Yayasan Nurjiwa” – Siti Nurhaliza Kecewa ‘Posting’ Di Instagram Mula Disekat

Hiburan

“Itu Ruang Perjuangan Yayasan Nurjiwa” – Siti Nurhaliza Kecewa ‘Posting’ Di Instagram Mula Disekat

Penyanyi terkemuka di Malayisa, Dato’ Seri Siti Nurhaliza menyatakan rasa kecewanya apabila pos yang dimuatnaik di akaun peribadi Instagramnya mula disekat oleh Instagram kerana berkaitan dengan isu peperangan Palestin.

Siti Nurhaliza yang lebih mesra dipanggil Tok Ti ini terlihat tak berhenti menunjukkan solidariti terhadap negara Palestin terutama di Instagram storynya. Dia juga sering berkongsi aktiviti Yayasan Nurjiwa yang ditubuhnya pada 2006.

Advertisement

Posting saya mengenai Palestin sudah mula kena block. Tak apa, usaha diteruskan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Menerusi perkongsian yang sama, Tok Ti berharap agar media sosialnya tidak diganggu untuk tujuan meneruskan sokongan dan memberi kesedaran kepada orang ramai.

Setiap tangan yang menghulurkan kami terima dengan keikhlasan dan kami akan salurkan secara berterusan.

Baginya, akaun itu adalah ruang ‘perjuangan’ bagi menyalurkan bantuan menerusi Yayasan Nurjiwa. Bukan itu sahaja, untuk mereka yang telah memberi bantuan, penyanyi itu juga akan berkongsi bukti bantuan diberi kepada rakyat Palestin.

Bukan itu sahaja, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

6 months ago

Ramai Selebriti Diam Membisu, LMK Dipuji Kerana Berani Tunjuk 'Support' Palestin - "Lagi Gentle, Artis Malaysia Takut"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...