Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Harapan Dan Fokus Utama Tahun Ini Ialah Untuk Mendapatkan Zuriat – Siti Nurhaliza

Bertahun lamanya cuba untuk mendapatkan cahaya mata dan di uji dengan keguguran selepas dua bulan hamil tidak mematahkan semangat serta usaha Datuk Siti Nurhaliza untuk mendapatkan zuriat.

Advertisement

Jelas Siti Nurhaliza, harapan dan fokus utama beliau tahun ini adalah untuk cuba hamil semula. Belajar daripada kesilapan lalu, Siti Nurhaliza akan lebih berhati-hati selepas ini.

Jika ditanya apakah harapan Siti untuk tahun ini pastinya fokus utama adalah untuk mendapatkan zuriat. Apa yang berlaku tahu lalu mengagajar Siti untuk lebih berhati-hati. Siti anggap ia satu peringatan Tuhan supaya lebih menjaga kesihatan diri.

Ketika mula-mula Siti Hamil, ia adlah sesuatu uang di luar jangkaan dan waktu itu Siti sedang giat menjalani latihan untuk konsert. Takkanlah Siti hendak batalkan konsert berkenaa memandangkan persiapannya sudah banyak dibuat.

Tambah beliau lagi, tahun 2016 adalah masa untuk beliau berehat daripada mengadakan konsert besar sebagai persediaan untuk menimang cahaya mata.

Advertisement

Sebagai persediaan ke arah itu (mendapatkan anak), Siti kena banyak berehat dan maknanya tiada konsert besar untuk tahun 2016.

Semoga harapan Siti Nurhaliza akan dimakbulkan, InshaAllah dengan usaha dan doa segalanya akan dipermudahkan. Teruskan dengan semangat yang kuat dan usah lagi kenangkan kisah sedih sebelum ini.

Sumber Berita: BH PLUS

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top