Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Harapan Agar Nabila Dan Engku Emran Saling Melengkapi” – Neelofa Doa Kebahagiaan Kakak

pernikahan noor nabila dan engku emran

Selepas hampir sebulan bertiup khabar angin mengatakan Noor Nabila kini sedang hangat bercinta dengan Engku Emran, nampaknya ia terbukti sahih apabila kedua mereka sudah pun sah diijab kabul pagi tadi.

Advertisement

Sambil ditemani ahli keluarga rapat dan juga anak masing-masing iaitu Engku Aleesya dan Jebat Jayden, pasangan pengantin baru ini dibanjiri ucapan tahniah daripada segenap wargamaya.

Malah Neelofa juga tidak lupa untuk meluahkan rasa syukur melihatkan kakaknya, Noor Nabila Mohd Noor selamat bernikah dengan Engku Emran.

neelofa

Kata usahawan popular itu, apa yang diharapkan olehnya ialah Nabila dan Engku Emran mengecap bahagia hingga ke akhir hayat, menerusi laporan Berita Harian.

Advertisement

“Hari ini amat membahagiakan buat kakak saya, Nabila. Saya gembira melihat Nabila bertemu jodoh dan berharap pasangan ini dikurniakan kebahagiaan sampai bila-bila.

Bahkan dia berdoa agar Allah SWT merahmati masjid yang dibina oleh mereka.

“Doa dan harapan agar Nabila dan Engku Emran saling melengkapi. Semoga Allah SWT merahmati rumah tangga Nabila dan suami hingga nadi syurga.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Semoga perkahwinan Engku Emran dan Noor Nabila kekal sehingga ke jannah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Jjaj

    March 19, 2021 at 10:50 pm

    How she eat?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top