“Harap Tak Kena Buli”- Pergi Sekolah Pakai ‘Makeup’, Netizen Anggap Pelajar Lelaki Ini Berlebihan

Kehidupan

“Harap Tak Kena Buli”- Pergi Sekolah Pakai ‘Makeup’, Netizen Anggap Pelajar Lelaki Ini Berlebihan

Memang tidak dapat dinafikan, pelajar sekolah zaman dulu dan kini amatlah berbeza, seiring dengan perkembangan serta pembangunan di dalam negara.

Pelajar dulu jika pergi sekolah sering kita lihat sosok yang ‘polos’ dan simple sesuai dengan umur mereka ketika itu tetapi zaman ini, pelajar sudah tahu bergaya dan penampilan lebih kemas kerana pelbagai jenis produk serta pakaian juga sudah semakin moden.

Advertisement

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang pelajar sekolah berjantina lelaki menunjukkan rutin hariannya memakai alat solek sebelum pergi ke sekolah telah menarik perhatian ramai.

Dalam video terbabit, pelajar lelaki terbabit menunjukkan caranya memakai solekan yang lengkap, dari skincare routine hingga ke alat solek seperti countouring, mengepit bulu mata, concealer dan terakhir sekali dia memakai loose powder.

Meninjau di ruangan komen hantaran terbabit, boleh dilihat rata-rata netizen merasakan pelajar lelaki tersebut berlebihan biarpun hanya pergi ke sekolah dan ada juga yang membeza-bezakan diri ketika zaman sekolah mereka dengan pelajar itu.

Komen TikTok

Bagaimanapun, ada juga sesetengah warganet yang menyokong tindakan lelaki tersebut melakukan hal itu sebelum pergi sekolah supaya kelihatan kemas dan rapi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Puteri Balqis bergaduh dengan Mia Sara?
2 years ago

"Sebabkan Dia Ramai Maki Aku!" - Puteri Balqis Bengang Mia Sara 'Up' Cerita Buruk Tentang Dirinya?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...