Pelakon Sara Ali dalam sebuah hantaran di Instagramnya ada mengimbau kenangan lewat zaman kanak-kanaknya yang pernah menikmati keindahan lanskap Tasik Chini yang kini sudah musnah kerana sikap tamak manusia menggondol hasil hutan.
Ujar Sara, dia berasa terkejut dan sangat sedih melihat keadaan terkini pusat pelancongan terkenal yang terletak di Pekan, Pahang itu.
View this post on Instagram
Tambah pemilik nama Siti Sarah Hairi Ali ini lagi, melihatkan kemusnahan seperti itu membuatkan dirinya sangat terkilan kerana generasi yang akan datang pastinya tidak berpeluang untuk melihat keindahan Tasik Chini.
View this post on Instagram
“Saya pernah melihat keindahan Tasik Chini ketika masih kecil Tapi sekarang sudah tidak sama lagi. Saya tidak tahu sama ada generasi akan datang berpeluang untuk melihat keindahan Tasik Chini atau tidak. Kalau betul dalam Tasik Chini ada naga, saya harap naga itu bangun dan melihat sendiri kemusnahan yang berlaku..”
Pelakon telemovie Split ini walaubagaimanapun percaya akan kuasa Tuhan dan Alam.
Dia yang mempunyai susur galur keluarga berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini percaya kemusnahan yang berlaku pada alam pada ketika ini perlu ‘dibayar’ oleh manusia sendiri pada masa akan datang.
“Tidak mustahil Tasik Chini hanya tinggal pada nama sahaja suatu hari nanti jika kemusnahan terus berlaku..” ujarnya lagi.