September 25th, 2020

Pelakon kecil molek, Sara Ali meluahkan rasa keinginan untuk berlakon filem aksi setelah hampir 10 tahun berkecimpung dalam dunia seni lakonan.

Menurut Sara, watak aksi yang diidamkannya itu tidaklah melibatkan aksi fizikal semata-mata tetapi ianya juga termasuk dari segi penjiwaan yang mendalam dari sudut psikologi.

View this post on Instagram

Please fill in the blank “………………” ? : @ikhwanrashid #TANYASAMAPOKOK

A post shared by Sara Ali ?? (@therealsaraali) on

“Setelah 10 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, salah satu watak idaman yang saya jarang dapat adalah aksi. Bagi saya watak aksi bukan sekadara kita belakon lawan orang, tapi ianya turut membabitkan psikologi,”

Turut memberi contoh watak yang diidamkan, Sara berkata dia ingin berlakon dalam situasi yang sudah untuk dibayangkan dan tidak pernah dilalui sebelum ini.

Ditemui media, Sara turut memberi gambaran bahawa watak aksi di luar kotak fikiran mampu mencabar keupayaannya sebagai seorang pelakon.

View this post on Instagram

Pi mai, pi mai tang… ? #tanyasamapokok #dramaserieswarna #ariezaharieproduction #knackknackstudio #komediwarna #astrowarna

A post shared by Sara Ali ?? (@therealsaraali) on

“Saya bagi satu situasi, bayangkan pesawat yang kita naiki terhempas dan kita selamat, jadi bagaimana saya mahu selami watak itu dengan berkesan? Sudah tentu ia membabitkan psikologi kerana situasi begitu di luar kotak pemikiran kita,”

Perkembangan terkini, lakonan Sara Ali boleh dilihat dalam drama bersiri Tanya Sama Pokok yang diarahkan oleh sutradara Sabri Yunus. Drama tersebut boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna pada setiap hari Isnin jam 9.00 malam.

Sumber : Astro Gempak


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...