“Harap Mereka Tertampar, Punca Dari Perangai Mereka” – Ramona ZamZam Tak Peduli Rakan Artis Kecil Hati Dengan Isu #Blockout2024

Hiburan

“Harap Mereka Tertampar, Punca Dari Perangai Mereka” – Ramona ZamZam Tak Peduli Rakan Artis Kecil Hati Dengan Isu #Blockout2024

Sebelum ini, kelihatan pelakon Ramona ZamZam lantang bersuara dengan isu #Blockout2024, di mana netizen mahu boikot beberapa nama selebriti Malaysia yang mempromosikan jenama yang ada kaitan dengan Israel.

Tak kisah rakan selebriti terasa hati

Kata Ramona, dia sama sekali tidak kisah jika ada rakan selebriti yang terasa hati selepas dia menyokong gerakan tersebut.

Advertisement

Ramona berpendapat isu itu disebarkan kerana mahu beberapa rakan selebriti sedar, terutama yang mana memilih untuk bersikap neutral.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@ramonazamzam)

Berpunca dari perangai sendiri

Bagi saya siapa yang makan cili dia yang terasa pedas. Saya harap mereka tertampar dengan teguran yang saya berikan. Saya nak mereka tahu kalau mereka terasa itu semua berpunca dari perangai mereka juga.

Dalam pada itu, aktres terbabit sedar ada segelintir pihak terasa dengan tegurannya sebelum ini tetapi dia berkata dirinya sama sekali tidak menerima sebarang ancaman.

Katanya lagi, lumrah sebagai anak seni sememangnya tidak lari daripada mempamerkan kepalsuan, tetapi dia berharap isu berkaitan Palestin tidak di ambil ringan oleh rakan selebriti.

ramona zam zam
2 months ago

"Baru Terhegeh-Hegeh Nak Tunjuk Solidariti" - Ramona Zam Zam Sindir Artis #Blockout2024 Baru Nak 'Post' Pasal Palestin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...