Penyanyi terkenal kumpulan Hujan, Noh Salleh menerusi satu hantaran Instagram telah mencuri perhatian netizen di media sosial.
Dalam hantaran tersebut, Noh ada memuat naik foto baju disyaki busana pernikahan bersama wanita pilihan, Athira Mustapa.
Malah, terdapat tarikh tertulis di atas penyangkut baju busana berwarna putih itu iaitu 23 September 2023 dipercayai tarikh perkahwinan pasangan ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat tampil mengucapkan tahniah di atas berita perkahwinan itu.
Mereka juga mendoakan agar urusan penyanyi lagu Aku Skandal ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
Malah, ada yang meminta Noh untuk membimbing bakal isteri setelah bernikah nanti.
Terdahulu, Noh dilaporkan telah mengadakan majlis pertunangan secara tertutup di kediaman keluarga Athira di Putra Heights, Subang Jaya pada Mei lalu.
Noh sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mizz Nina pada 2 Julai 2011 namun bercerai pada Ogos tahun lalu. Mereka juga telah mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Musa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.