Anak kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B memaklumkan bahawa dia tidak bersetuju dengan keputusan ibunya itu untuk mendirikan rumah tangga bersama bekas pembantu, Iqbal Zulkefli.
Terdahulu, DS Vida telah mengumumkan bahawa dia akan mendirikan rumah tangga bersama Iqbal sekitar bulan Disember ini.
Jelas Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, sebab dia tidak merestui perkahwinan ibunya itu bersama Iqbal kerana faktor usia yang ketara.
View this post on Instagram
Saya sangat kurang setuju. Mama umurnya pun dah tua, abang Iqbal baru umur 27. Macam mana abang Iqbal boleh sukakan orang tua. Mesti ada sebab. Saya pun tak setuju mama nak ada anak lagi. Mam ni kalau dia bercinta, dia macam cinta buta.
Kata pelakon cilik itu lagi, dia juga sering bergaduh dengan Iqbal malah mendedahkan bahawa ibunya juga pernah bermasam muka dengan lelaki itu.
Mengakui hubungannya bersama Iqbal sangat renggang, Cik B berkata dia tidak mahu mengulas dengan lanjut meskipun terlalu banyak perkara cuba untuk diluahkan.
View this post on Instagram
Sebenarnya saya ingat cuma marketing (publisiti), tapi nampak macam betul-betul pula. Ya Allah takutnya, tapi harap-harapnya memang marketinglah. Saya pun macam tak naklah ada ayah baharu, cukup dah lima ayah.
Meskipun begitu, Cik B memaklumkan bahawa dia tetap mendoakan kegembiraan ibunya itu jika memang benar takdir menjodohkan mereka berdua.
Hubungan Vida dan Iqbal mula menjadi perbualan ramai apabila Datuk Aliff Syukri telah membocorkan rahsia percintaan mereka menerus satu siaran langsung Instagram, minggu lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.