“Harap Dia Tak Lupa Asal Usul” – Konflik Rumah Tangga Berlarutan, Yusof Haslam Nak Syamsul & Puteri Sarah Berbaik

Hiburan

“Harap Dia Tak Lupa Asal Usul” – Konflik Rumah Tangga Berlarutan, Yusof Haslam Nak Syamsul & Puteri Sarah Berbaik

Susulan konflik rumah tangga yang dihadapi oleh pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah sejak empat tahun lalu, pengarah serta penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam meminta agar mereka tidak mengambil keputusan untuk bercerai.

Selaku bapa kepada Syamsul dan bapa mentua kepada Sarah, dia meminta agar mereka selesaikan masalah yang dihadapi secepat mungkin.

Advertisement

Memetik dari laporan Utusan Online, Yusof Haslam turut mengakui berasa kecewa dan sedih atas kontroversi yang berlaku dan meminta menenangkan keadaan secepat mungkin.

Secara peribadi, saya rasa tidak adil jika rumah tangga mereka berakhir dengan perpisahan. Demi anak-anak dan nama baik keluarga, selesaikanlah dengan cara yang terbaik.

Menurutnya lagi, dia sememangnya mahu anak dan menantunya itu berbaik semula seperti sedia kala dan tidak memanjangkan isu lagi.

Dalam pada itu, biarpun berasa bangga dengan dengan pencapaian anak lelakinya itu, dia berharap agar Syamsul tidak lupa asal usulnya.

Sebelum ini, Puteri Sarah tampil memaklumkan rumah tangganya kini sedang di ganggu oleh orang ketiga dan susulan itu, dia memfailkan satu tindakan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor terhadap wanita yang bernama Ira Kazar.

2 years ago

"Rekod Perubatan Memang Dia Aktif Buat S*ks Dengan Orang Sama" - Individu Dakwa Ira Kazar Dah Kahwin?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...