Pelakon Rita Rudaini baru-baru ini ada meluahkan rasa syukur dan gembira di atas kejayaan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang telah menerima Anugerah Pengetua MRSM Ulul Albab, Negeri Sembilan.
Menganggap kejayaan anaknya itu sebagai hadiah istimewa sempena hari lahirnya, Rita berkata dia sangat berbangga dengan pencapaian anaknya itu.
View this post on Instagram
Tahun lepas ulang tahun kelahiran Mommy, Rayyan bagi hadiah dapat tempatkan diri di MRSM. Tahun ni Rayyan bagi hadiah dapat Anugerah Pengetua dengan pointer tinggi.
Perkara tersebut turut dikongsikan Rita menerusi beberapa hantaran di Instagram miliknya semalam.
Dia juga menitipkan nasihat agar anak-anaknya sentiasa berusaha dan membuktikan kepada orang di luar sana bahawa mereka mampu berjaya.
Pedulikan cemuhan dan kejian manusia kerana Allah sentiasa ada untuk kita. Jadi terbaik untuk diri sendiri bukan untuk puaskan hati orang lain.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat tampil mengucapkan tahniah di atas kejayaan Airit dan memuji sikap Rita dalam membesarkan anak-anak.
Ada juga yang bertanyakan mengenai keberadaan bapa mereka, Aidil Zafuan bagi meraikan kejayaan anak lelakinya itu.
Sekadar info, Rita pernah mendirikan rumah tangga bersama Aidil yang merupakan seorang pemain bola sepak pada 25 Februari 2008 di Songkhla, Thailand namun bercerai pada tahun 2013.
Pasangan itu dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.